Wednesday 17 August 2011

Menuju Gerbang Perkahwinan

tarikh nikah: 2 September 2011.

alangkah indahnya bercinta sampai tua, lagi indah percintaan diikat dengan hubungan yang sah sebagai suami isteri. kawan-kawan selalu tanya, apa perasaan? jawapan saya, biasa je, rasa lega. sebenarnya saya tak cerewet, most of the things decided in one day. contohnya, mak andam (yang akan buat make-up, baju, pelamin, hiasan meja makan dan hiasan kamar beradu), florist (untuk gubahan hantaran), dulang hantaran, baju akad nikah, kad jemputan, CINCIN hantaran, semuanya dibuat dalam hari yang sama. maksudnya, hari ni cari mak andam, hari ni jugak booking. hari esok buat kad jemputan, tiga jam pilih dan dah finalised nak yang macamana. kahwin itu mudah kalau kita sendiri mudahkan urusan, kan?

soalan-soalan lazim yang saya terima:

apa yang paling menakutkan menjelang perkahwinan?

saya takut saya freak out, walaupun saya takde tendency lagi untuk freak out but we never know, so yeah. hati, please jangan gelabah nanti ya..

apa yang paling menakutkan selepas bergelar isteri?

takut nak pikul tanggungjawab sebagai anak dan menantu. macamana nanti kalau mak abah yang membesarkan saya selama ni terasa hati kalau lama tak pulang jenguk mereka? macamana nanti mama suami saya tak suka saya sebab saya tak pandai masak untuk anak dia? macamana kalau ada perlakuan saya yang tidak diredhai suami? saya lebih takutkan semua itu dari takut majlis tak perfect macam fairytale.

korang ada family planning ke?

takde. sooner better. we both love kids. *eager*

awak akan berhenti kerja tak?

no. i was raised by a working mom. and my future mom in law pun bukan suri rumah sepenuh masa. so bakal suami pun has no issues kalau nak kerja (setakat ni la heehee)

Ahmad Aizat, I hope and pray our marriage lasts duniawi and ukhrawi. ketahuilah sayangku yang u paling istimewa di mata I. I know our relationship isn't as dreamy as others, but i thank God I found you. I thank you for waiting for me. I thank you for not giving up on me. I thank you for fighting for me. terima kasih sebab terima I apa adanya, apa kurangnya. I harap you dapat jadi penyejuk di kala hati ini panas, dapat jadi penawar di kala air mata menitis, dapat jadi perisai sekiranya hati ini disakiti. bimbinglah I menjadi isteri solehah yang mampu menjaga you, di masa senang dan di masa sakit dan mendoakan kesejahteraan you di akhirat nanti. Ya Allah, kau lindungilah hidup kami dan keturunan kami dari segala kesesatan dan kemaksiatan. Amin...